Repost : Rupanya dah

Seminggu aku tak contact kau

Bila aku dengar lagu yang selalu bawa aku ingat kau,
Aku terkejut kejap

Lamanya.

Sepanjang masa tu
Dah macam-macam jd.


Jalan bawah lampu jalan, malam hari, sorang-sorang cuba cari jawapan
Tapi aku tak pula rasa nak contact kau balik
Sekurangnya untuk seminggu lalu
Tapi aku ada fikir pasal kau, 
Fikir samada kau ada fikir pasal aku
Samada kau perasan yang aku tak msg kau 
Samada kau rasa bersalah bila kau rasa kau buat salah sampai aku stop contact kau dan hantar msg sentap tu hari tu
Samada kau ada rasa mahu aku msg kau balik
Samada kau nak aku ada balik
Samada kau rasa bersalah

Aku juga ada fikir 
Yang kau bukan orangnya
Aku banyak carutkan kau
Menyesal kenapa kau orang yang aku suka
Menyesal kenapa aku suka kat kau 
Tapi bila aku fikir-fikir tu
Aku terasa yang dalam himpunan semua kesialan ni
Aku masih suka kat kau sikit
Sikit
Ada a part of you yang aku tetap suka

Aku cuba jauhi kau - kebiasaan aku
Aku pergi jauh-jauh, tidur lama-lama, 
nyanyi kuat-kuat, menulis dalam-dalam, 
membaca, makan, 
Untuk keluar daripada terus fikir kau
Aku rasa aku dah jadi gila, sebab aku langsung tak macam aku yang biasa
Kau kebiasaan aku, yang aku tinggalkan
Mungkin juga keadaan sebenarnya tak teruk mana
Mungkin semua ribut taufan ni cuma dalam kepala otak aku;
Tubuh aku sangat still dalam kebanyakan masa dalam hari aku

Kalau satu hari nanti ada terbit satu buku berjudul 
Surat utk (________)
Maksudnya, satu impian/idea aku, ter-realisasi.

Semoga kau tau semua kecantikkan kau melalui buku tu ; daripada mata aku
Semoga kau tau impian baik aku untuk jaga hati kau ;
Bila aku tau kau kehilangan orang yang kau sayang dalam hidup kau

Dan kau pijak aku
Takpa, 
Biar aku jadi gila dalam buku tu

Aku tak tahu apa akan jadi kat aku pada masa depan
Kalau dengan umur macam ni pun aku dah gila macam ni,
Macam mana nanti?

Aku cukup gila untuk lencong dari jalan ni
Aku tak suka kehidupan bosan ni
Aku tak suka kau , itu benar
Kau tak guna
Kau sial
Kau tak boleh blah
Kau jahat

Walaupun mungkin satu hari nanti aku berterimakasih kat kau



Aku cuma mahu berjalan 
Mati tengah jalan
Bila aku tak jumpa apa aku cari
Mati tengah jalan
Bila tak ada orang datang selamatkan aku
Selamatkan hati aku



/ 21 7 14 /

Comments

Popular posts from this blog

:)

QUOTES by MUHAMMAD ALI