Repost :
9 42 pm 21 may 2014
I'm not very happy.
Aku nak tulis pasal petang tadi.
________________________________________
"Bukak pintu". Aku texted.
Sambil tunggu delivered, aku berdiri dan pandang hallway yang gelap pekat. Dihujung sana baru ada cahaya.
Gelapnya flat ni. Kalau siang pun aku dah rasa macam seram, macam mana diorang ni duduk sini.
Lagi-lagi aku ni penakut.
Dia pun bukak pintu, and yeah . Itu dia bidadari. Masuk rumah. Aku punya gembira bukan kepalang.
Dapat habiskan sehari suntuk dengan dia ni, hendaknya.
Oh tetapi bila saja aku settle down and tengok dia yang sedang masak , dia mula luahkan rasa tak sedap hati dia pasal kerja.
(Or actually that day we both ponteng and I went to her house to lepak, but many things tetiba emerged kat office ).
Or actually, sehari suntuk hari ni dia cerita pasal kerja.
Dia just tak dapat keluarkan perkara tu daripada kepala dia.
Dia akan cerita satu-satu, lancarkan semuanya melalui mulut dia ikut kronologi.
Bagaikan aku faham semua yang dia cakap.
Aku tau dia tau aku tak faham semua, tapi aku cukup happy lah kalau dengan kewujudan aku yang macam statue tu boleh bantu ringankan beban dia dengan cuma mendengar.
Aku, yang tengah tengok dia potong bawang, sedang berdiri sandar pada dinding, dengar saja dia membebel pasal apa yang tengah bising kat group whatsapp office.
Aku kesiankan dia. Aku kalau boleh nak plug off folder kerja daripada otak dia sat. Bagi dia rehat.
Truly rehat.
Dia tak pernah really rehat.
Otak dia macam mesin basuh yang tak stop spinning.
Dia masak kari . Dia warning aku awal-awal. "Aku tak reti masak ni tau?? Aku hentam je". Warning kat aku.
Weh kau tak tahu ke ? Kau masak apa pun aku telan je selagi benda tu boleh. Batu, pasir, besi, yelah aku tak makan. Lagi-lagi kau yang masak. Apa saja aku makan.
Kari sotong. Aku bagitahu dia aku tak pernah jumpa pulak orang buat. "Lah yeke.. Aku ni, semua benda aku karikan. "
Aku bongokkan dia, and gelak. Aku suka tengok dia masak. Aku just suka tengok dia.
Dia suruh aku masak telur dadar. Aku pun terkial-kial ambil bawang . Malu jugak aku sebab langsung tak pandai masak.
Dia sendukkan sedikit kuah kari ke dalam mangkuk suruh aku rasa.
As aku punya judgement untuk taste makanan memang tak boleh pakai, so aku suruh dia rasa jugak .
Dia kata sotong a bit overcooked. And kuah tawar. So she added salt.
Aku usyar je and bagitahu yang aku tak berapa gemarkan sotong.
Dah siap masak. Dia bentang surat khabar atas lantai berdekatan tivi,
lalu periuk nasi, periuk kari, telur dadar, 2 cawan dan 2 pinggan di letak atas surat khabar.
Makan lah aku dengan dia menjamu selera. Sedap betul.
Dah kenyang, lepak bilik.
Bilik-
Aku letakkan cawan aku yang berisi air kosong kat lantai, aku duduk bersila atas lantai.
Dia duduk bersila jugak, depan aku. Dia angkat bakul yang sederhana besar bersegi empat yang penuh berisi buku-buku dan letak depan aku.
And dia tunjuk a few DVDs, recommend kat aku suruh tengok.
Mulalah dia memunggah harta karunnya, recommend yang itu best yang ini best. Aku pun ralit.
Dia tunjukkan satu-satu buku yang best dari bakul tu.
Buku sajak, cerpen, novel. Daripada horror, politik, cinta, psycho.
Banyak betul buku dia yang best-best.
Dia suruh aku pinjam semua. Buku dia yang dekat rumah aku pun aku belum habis baca, yang banyak tu.
Aku kata biar dulu, bagi aku habis baca yang kat rumah aku dulu.
Then dia tinggalkan aku kat situ membelek buku-buku tu lagi, dia naik atas tilam and sibuk lagi dengan group whatsapp office kitorang. Dia tak habis-habis risaukan benda tu. Aku cuma tadahkan telinga, aku nak bantu lebih dari itu kalau lah aku mampu.
Lepas puas dah membelek, aku susun balik dan kemas bakul tu supaya nampak kemas.
Aku angkat dan letak mana tempat asalnya.
Dan kemudian dia suruh aku baring kat tempat roommate dia.
Marah aku awal-awal suruh aku jangan nak malu-malu.
So aku pun baring kat tempat kawan dia, iaitu sebelah dia.
Tilam itu cuma tilam. Bukan katil. And aku suka tilam macam tu je. Macam kat bilik aku pun.
Then dia masih bercakap pasal kerja. Dia keluarkan satu-satu dari mulut dia dan aku kasihankan dia disetiap kali itu.
Then aku minta selimut, dan dia hairan, "sejuk ke???" . Aku kata ya. Memang aku sejuk sikit, tapi lebihnya aku nak tutup badan aku.
Orang yang rasa rendah diri dengan badannya, macam ni lah. Then aku duduk bersila, whilst dia bersila menghadap aku.
Dia cerita. We cerita. About things.
"Kau kalau nak ubat, apa-apa, yang basic, cakap je"
"Paracetamol, ubat cair kahak, selsema", sambungnya lagi.
Aku angguk.
"Ubat depression pun ada".
Angguk lagi. Tertarik.
"Ubat depression, aku ambik yang (apatah namanya) 25mg"
"jap" Dia bangun dan pi ambik kotak kecil yang berisi semua ubat-ubat dia agaknya.
Aku tengok je. Tertarik gak nak tengok ubat yang dia cakap tu.
"Ni ha.." (Dia sebut nama ubat tu , baca daripada plastik ubat tu), then bagi kat tangan aku yang aku hulur.
Ubat depression. 1/2 biji sekali makan. Lepas makan.
Oo. Setengah biji je. Oo. (Aku dalam hati)
Dia cerita pasal ubat-ubat ni. Dia cerita pengalaman kawan dia pasal pengambilan benda-benda ni.
Aku pun ralit mendengar.
Mestilah tipu kalau aku kata aku langsung takda rasa ingin mencuba.
Nak rasa gak macam mana tenangnya.
Nak alami juga magisnya. Yang deadly.
Lama dia bercerita satu-satu, aku dengar penuh konsentrasi dan akhirnya dia come to conclusion.. "So .. Dont do drugs" , sambil senyum pandang ke depan ke bawah sikit.
Kata dia, kata kawan dia, lebih baik tak payah lah. Itu nasihat kawan dia yang ada pengalaman.
Aku pun.. Okay.
Tapi aku tertarik bila dengar katanya sebab kan pil depression yang 'ringan' yang pernah diambilnya dulu boleh buatkan kau hilang selera makan. Ye yang tu aku tertarik.
Tapi aku teringat mak bapak aku kata, atau semua orang pun kata, nak kurus biarlah ikut cara betul. Hurm.
Tapi jalan pintas lagi cepat kan? Kata aku dalam hati macam budak kecil sambil senyum.
Aku fikir pula, adakah dia ni juga orang yang akan bawa aku terjebak dengan benda tu. (drugs).
Tapi aku tak nak dia dikenang sebagai watak jahat dalam hidup aku dek orang lain, dia kan bidadari di mata aku, jadi aku tak nak jadikan dia watak jahat.
Aku nak jadikan dia watak baik.
Banyak. Cerita pasal banyak benda.
Aku suka macam ni.
Selalunya dengan kawan-kawan aku, aku yang bercerita. Tapi dengan dia, aku yang ralit dengar cerita.
Tapi kenapa dia kata
setiap pagi bila dia bangun, dosa-dosa lamanya bermain dalam kepala macam wayang gambar.
Dimana dia tak nak ingat kejadian dulu, tapi dia terima yang dia harus belajar dari kesilapan.
Aku memang tak kenal dia, tapi aku rasa dia tidaklah jahat mana.
Dia manusia yang ada jiwa dan jiwanya baik.
Apa yang dia buat pun, bukan kejahatan, cuma kesalahan. Lagi sekali , kesilapan.
Kita silap sana , silap kat sini, sebab kita manusia.
Macam mana untuk aku bantu kau? Aku pun sebenarnya sangat jahat (atau berdosa), tapi aku nak bawa kau ke tempat yang terang , cahaya terang.
Jadi kau akan rasa gembira, dan kau bagitahu aku yang kau gembira, kemudian aku akan gembira sangat.
Bila kau senyum betul-betul dari hati, oh kau tak tahu ke mata kau bercahaya?
Dan oh, kenapa lah aku tak boleh ambil gambar kau bila kau senyum macam tu dan perkenalkan watak bidadari tu pada kau .
"ini." (hulur gambar) "Ini bidadari."
"Kau nampak cahaya dalam mata dia? Kau nampak 'hidup' dalam jiwa dia? Itu jiwa orang2 yang tak bersalah".
Kalau boleh aku nak katakan pada dia.
Aku tak kenal dia daripada hari dia lahir. Aku sebenarnya baru kenal dia. Baru tahu nama dia.
Tapi dia interesting macam buku sajak yang tak terlalu berkias (aku suka macam tu), tapi at the same time, bunyi macam sajak . Ada metafora, ada lenggok-lenggok seni.
Kesalahan, dan seni, sebati.
Kau ialah lots of things. Kau satu pengembaraan.
"Selamat datang ke pulau Fred". Itu ayat yang disebut dek pramugari bila aku tiba dengan kapal terbang ke pulau memori kau.
Kau, lots of things.
Kemudian, kitorang baring. Dan dia tertidur. Aku diam, aku tengok dia, dan aku tengok ceiling balik.
Shhhh. Jangan bising. Bagilah dia rehat. Aku kasihan kan dia.
Tapi aku tak boleh tidur.
Kepala aku active dengan macam-macam. Macam-macam perkara macam tengah jadi puting beliung dalam kepala ni.
Haih.. Apa pasai plak ni. Tapi ia masih menenangkan.
Lama..... Aku terlelap juga.
Tapi tak lama, lepas tu aku terjaga bila terdengar bunyi hujan.
Aku cepat-cepat berdiri jenguk keluar tingkap yang berada atas kepala aku kalau aku baring.
Aku tengok luar, hujan. Hujan ialah cuaca aku.
Aku rasa hujan itu memang cuaca untuk aku.
Aku pun cepat-cepat angkat tangan kanan, doa. Tangan kiri aku tengah pegang besi grill yang dah mula jadi sejuk.
Memang tabiat aku bila hujan mula , atau bila aku baru sedar hari hujan, aku cepat-cepat doa. Aku doa benda-benda yang ultimate.
Ayat aku sepatah-sepatah. Benda-benda yang aku nak diakhir hidup.
Satu untuk aku, satu untuk mak ayah aku, dan kemudian untuk hidup, dan kemudian untuk kawan-kawan yang aku ingat, atau sesiapa yang terlintas dalam kepala.
Aku kerling Fred, tidur tak sedar apa. Baguslah. Aku fokus doa , doa ayat sepatah-sepatah.
Aku kembali di pembaringan. Aku mengadap kanan aku, Fred dibelakang. Aku tak boleh nak tidur, aku tak selesa, tempat baring dah cukup selesa, siap hujan lagi. Tapi aku sejuk. Plus rasa insecured maybe sebab aku kat rumah orang.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi dari arah belakang. Fred gerak kut. Biarlah.
Aku pusing untuk berbaring macam biasa tak lama lepas tu. Oh perempuan ni dah bangun rupanya. Duduk main hp dia. Terkejut plak aku.
Dia tanya aku, "Kau tak tidur ke nis?" hairan agaknya tengok aku tak tidur.
Aku tanya plak, dia tidur ke? Sebab macam tak tidur je muka dia time aku tengah tengok dia sekarang ni.
It's raining. Dia bangun dan berjalan keluar bilik.
Aku ambik selimut dia dan tutup satu badan, berselubung.
Baru rasa secured. Sambil baring tu aku baca buku "Perempuan yang Patah Hati" himpunan sajak dek penulis Rasyida Othman kut.
Then aku keluar bilik and dia tengah masak cengkodok. Then we had cengkodok together.
It was perfect. We talked about many things. Or her. Aku dengar cuma.
Then balik.
I love the weather. I hate berpisah dengan dia.
Dia ada suruh dan aku memang nak hantar cerpen kat zsm tu. Aku nak tulis pasal dia. Malah, aku dah buat sikit and aku rasa okay.
Cuma, aku tak tahu macammana nak tulis bagi panjang. Tak tahu apa nak cerita, or macam mana. Macam mana nak tulis bagi aku puas hati, di samping buat cerita tu penuh dan solid, and paling penting best.
Sama best macam dia. Aku nak readers nampak apa aku nampak dalam dia.
Aku nak benda tu jadi benda yang sangat utuh dan tak akan disangkal dan dipersoal.
Aku nak ia jadi statement. Aku tak nak sesiapa goyangkan judgement aku pasal dia.
Aku nak orang nampak dia macam mana aku nampak dia.
Dalam dia, ada galaxies.
Dia tak bersalah.
Dia macam a shining gem.
Dalam perjalanan balik, dalam bas. Aircond sejuk. Tapi aku selesa.
Aku dapat tengok luar tingkap, dan aku suka sangat. Aku ''masuk'' dalam pemandangan luar. Aku diserap.
Aku juga rasa bilik dia perfect. Aku tak suka perabot tinggi-tinggi.
Dengan dia, aku temukan satu lagi side dalam diri aku.
Tapi aku cuma takut aku run out of things to talk with her. Entah, aku cuma terfikir macam tu.
Tinggal lagi 12 hari. Tak lama dah. Yeah. Aku tak sabar nak habis practical kat situ.
Aku just nak stopkan perkara tu.
Dan aku nak (or harap) Fred pun berhenti kerja situ.
Dia layak dilayan lebih baik.
Timba la pengalaman yang kau nak tu Fred, then kau blah la dari situ.
Biar gaji sikit tapi kau tenang takpa gak Fred.
Fred aku harap dunia aku sebelum jumpa kau tak lenyap.
Tapi Fred aku harap dunia aku sejak aku jumpa kau, takkan habis.
Fred aku harap aku dpt dua-dua
Aku harap aku dapat jumpa F___ yang ada kat hati kau.
Dan berbisik kat dia supaya jaga hati kau extra jaga.
Bagi kau makan nasi kukus extra nasi
Sayang kau extra sayang
Choc sundae extra choc
Dan patahkan degil kau tu
Dia je boleh buat kan?
Aku akan tulis pasal ayah kau. Or actually pasal kau dengan ayah kau, satu hari nanti. Harapnya.
Aku tau betapa kau sayangkan ayah kau dan betapa dia hidup , pada kau.
Kau tak ubah macam budak perempuan kecil.
Budak perempuan tu, ada hidup dalam kau.
Bila mata kau bercahaya bila kau cerita pasal apa yang kau suka.
Bila kau selesa dengan aku, bila perangai sebenar kau keluar
aku harap aku boleh tulis sajak
aku boleh tulis cerpen
aku harap aku boleh buang lelaki yang tak berguna tu daripada fikiran dan hati
aku harap aku jaga diri aku
aku harap aku hargai perasaan aku
aku harap kau berhenti kerja situ
aku harap kau stop overthink
aku harap kau balik kampung
aku harap kau cari kerja lain
aku harap kau tak berhenti melukis
aku harap kau tak hilang
"jangan la pandang aku macam aku gila" Kata kau siang tadi
Tak Fred, aku bukan pandang kau dan fikir kau gila,
Aku pandang sambil fikir macam mana aku nak translate kau dalam bentuk ayat-ayat
Yang aku cadang nak tulis.
Cerita pasal kau Fred.
/ 21 5 14 /
Comments
Post a Comment