takda pa

dan terlalu lama aku tak menulis kat sini

Sumpah pasir gudang takda line internet
line telefon pun tak berapa ada

cerita dia, aku pindah Uitm pasir gudang and tempat tu takda line. okay?


jadi , esok 1st Ramadhan.
Gila lah.
dan aku baru je balik daripada uptown danau kota.
kau teka apa ?
depa pasang lagu raya !
gila. puasa pun belum kut -.-


jadi . 
semua benda baik. kecuali report practical aku je belum buat.
semua benda lain memang ibu jari keatas.

dah terlalu banyak sajak cinta aku buat untuk dia
lagu je belum terbuat. kalau lah aku pandai buat lagu.
semua perjalanan pakai kaki dan pakai bas pendek, juga sangat indah
hari-hari aku look forward untuk berjalan dan melangkah pi tempat aku tak pernah jejak
matahari pun nampaknya macam suka kat aku

banyak benda indah dan banyak perkara baik
selalunya at the end of the day, itulah konklusi aku buat
matahari tetap terbit dan terbenam cara sama
kenapa proses antara keduanya kita nak jadikan susah?

semua akan okay :)

crush pun baik.
hai :)

cuma itulah. takut tu masih duk ada.
aku ada macam-macam idea nak buat, tapi tulah, takut tu lah.
kalau aku pikiaq punya dalam,
aku rasa aku takut fail.
teruknya. tak buat lagi dah takut untuk fail.
tapi memang takut. takut betul aku nak cuba pun.
takut fail tu lah.
-.-

apa pun aku happy betul dengan semua benda yang elok terletak kat tempat dia
Umur 19 setakat ni indah.
meroyan sebab masalah kecik-kecik tu biasa la.

aku harap aku boleh tulis cerita
tapi tu lah. takut.
sebab aku tak pandai bercerita.
tapi aku ada banyak cerita nak habaq.
btw bahasa aku campoq sekarang.
Perak Pahang Penang KL Johor ha apa lagi bring it on !
kadang satu ayat tu aku pi campoq semua negeri pun ada!
memang satu Malaysia !

Perlis? sama je dengan Penang :)

ha itulah. bila aku dapat jadi manusia yang sepenuhnya penuh, aku datang.
bila takut aku hilang

k ni post takda makna cuma nak update daripada last post ja k bye

Comments

Popular posts from this blog

:)

QUOTES by MUHAMMAD ALI